OURS...


Love Hearts at WiddlyTinks.com

Pages

Anugerah dari ALLAH untuk kami :)

Saturday, December 11, 2010

Patutkah akuy menyalahkan takdir???

Assalamualaikum w.b.t...
Salam Muharram 1432...

aku harap korang2 sihat alhamdulillah...
Aku sekarang ni kat perak..umah kakak aku... jadi dptlah aku surf internet and blogging sbb ada bantuan cik Ternet...kalu kat kampong...nan ado...
Dapatla aku update status fb and blog kesayangan aku yang bertukar title nih...
Aku sedey la korang..tengok blog korang yang berbahagia dgn suami tersayang..tengok fb member..sumer dah tukar status...married...
aku still engaged...

aku x mau salahkan takdir...
Tapi...aku sedih sangat..sepatutnya aku ngn dear(my fiance) dah berlangsung bln 6 ari tu.. tapi..dear accident...jadi postponed la...
yang paling sedey...dia x sembuh lagi kaki dia..kalu tgn x pa la jgk..ni kaki...
Ya Allah...berat sungguh dugaanMu..
Betapa berdosanya aku kerana aku selalu berfikir yang bukan2...
aku selalu fikir...
apa tidak layakkah aku untuk hidup bahagia???
bilakah kebahagiaan akan menjadi milikku???
mengapa Kau uji aku dengan dugaan yang berat sebegini rupa????
apakah kerana kasih sayangMu atau balasan MU di atas dosa2ku???
aku pohon kemaafan dariMu ya Allah...
adakalanya aku termakan hasutan syaitan untuk mempersoalkan urusanMu..
Sesungguhnya aku insan yang lemah...
Moga jodoh aku dgn dear kuat sgt...
kepada orang2 yang mintak aku putus tu...
aku harap sgt daripada mereka...jgnlah mintak aku leraikan hubungan kami ini...
aku x pohon simpati...aku x mintak belas ihsan...
Tapi...tolonglah doakan jodoh kami dipermudahkan dan dipercepatkan..
jgnlah mintak aku putus...aku rayu sangat...
aku x minta wang juta2...tapi kau pohon secebis sokongan dan doa moga aku ngn dear disatukan dlm ikatan perkahwinan yang bersaksikan Allah dan para malaikat...
padaMu ya Allah...maafkan aku di atas dosa2ku padaMu...
Engkau permudahkanlah urusan aku dgn wandi dengan petunjukMu...amin...


Friday, December 3, 2010

Rejeki...

assalamualaikum...
aku harap korang sihat selalu...

hari ni aku sedey la jugok..pasrah dgn ketentuanNya...
tau x ngape???
aku cek result mTEST...cam besa..harap maaf..dukacita..dimaklumkan..
so...nan ado peluang la jdi cikgu gomen laie...
Alhamdulillah...kena bersyukur gak..everythings had happened have a reason rite...
Allah mempunyai sebab dan DIA melakukan yang terbaik...

shuh...shuh...sedey2 x mo...
semalam aku jadi omputih lor...
aku mkn chicken chop + mushroom soup + wedges + nuggets+fries+roselle as drinks..

so..layan apa yang aku telah nikmati...
hari ni buat pai tee..ala..yang ala2 chicken rice shop punya..tapi x sempat capture..dah ngappp
nak buat...masyaallah..lama...mcm2 bentuk sarang dia...perigi buta..tiram...kayu buruk..tapi rasa...sedapppp...
sila terliur ok...


chicken chop with black pepper sauce


mushroom soup...mushroom tu tanam sendiri tau

view dari meja hidangan... bersama air roselle

close up chicken chop..home made uolls..lagi kenyang and asli...

Thursday, December 2, 2010

walang hatiku....

salam

Assalamualaikum w.b.t.

salam hari khamis....
wah..hari ni..hari paling awal aku memulakan hari aku...
tengok jam la beb..0501 a.m... x pernah hayat aku update blog sebegini awal...
aku ni..tiba2 terjaga..korang tau...kul bape???
pukul 4.oo a.m korang... mcm org ada laki je bangun tgh mlm..hehehe...
tapi..aku x dak..nak wat pe lagi...golek2...pi toilet...
tingkatkan pahala...then...
surf internet...kat sini la kita jumpa....
aku susah ati ni...
ngape hubungan aku dgn dear cm sejuk sket...taula hujan semedang...
huhu..sedey sgt...
bilala dia mau lega ah...aku ni buntu...
kalau dia lega mesti lain jadi nya...

dahla..tglkan feel2 nih....


Wednesday, December 1, 2010

mode:: hujan...

Assalamualaikum w.b.t..
Slmt Sejahtera...

aku x tau camner nak citer...hukhuk....sebenornyer..xtau nak citer apa...hehehehe...sorry to say..

01122010; 1106:
@ Kelantan...Umah kak cik(kakak aku #2)...
tujuan: bagi memnuhi kehendak beliau untuk aku menghadirkan diri di sini..di samping nak survey jewelleries di kelantan... dorang punya emas still berkilat walopon dah lama pakai... tidak kusam...
masa : dari hari ahad sampai sabtu mlm akn dtg (04122010)...
perasaan: biasa aja..tapi cam rasa bersalah dgn org yang berada di kg halaman...
catatan : x sabaq nak balik n malas nak gi langkawi...

kesimpulan: citer yang x ketahuan...maafkan gue...

Monday, November 29, 2010

xtvt cuti sekolah-pt1

salam...
selamat sejahtera...

sekian lama x meng"hupdate" blog...
lama x blogwalking...tapi..ngape x bnyk citer eh dr uolls...bz ek...
ni ada beberapa keping gmbr untuk di kongsi...
"sharing is caring" rite???
lokasi adalah sekitar daerah Baling, Kedah...


alamak...muka..minyak kot...


upacara masak memasak..
keli bakar...layannn


nak kelek deh...

Tuesday, November 9, 2010

aku nak cuti...

salam zulhijjah..
salam sejahtera for all...

adoi....tensen gila babas...alagappas....
aku dah taip bagai...
tiba2 tup2 error....
hangatttttttt
walopn cuaca di luar sejukkkkk....
sebab tu aku menaip sambey dengaq lagu maher zain....
sejukkkkk ati yang membara...mengellegakkkk...

alkisahnya....

hari berganti hari...
bulan berganti bulan...
saat ganti minit.....
minit..ganti jam...
n patah balik ke atas...
hehehe...menin2... sbb aku dah taip..errotttt

pejam...celik...
celik...pejam...
tido...bangun...
bangun...tidoq...
tidoq....x bangun2...(alhamdulillah aku maseh bernafas)
makn..buang...
buang...makan...
makan...x buang2 (sembelit ler tu... :O)

aku ni melalut rata dah ni...berjoging ke laut dah...
perkara2 mereben di atas adalah bertujuan mengingatkan bahawasanya...
masa itu terlalu cepat berlalu...
dah habes penggal dah aku jadi cekgu di langkawi nih...
dari sorang pasangan warden menjadi 3 warden...
3 orang fremfuan dah menjadi pasangan tidur aku...
hehehehe...jgn slh sangka dengan kenyataan tersebut....
kawan warden...
dorang quit bukan sebab aku...
tapi sbb dorang dpt peluang yang lebih baik...
tahniah...mazidah...
tahniah..kak cik milah....

aku akan pulang bercuti di kampung ku yg terCHINTa....
selama hampir seBULAN...
see...majikan mana yang nak bagi sebulan cuti bergaji....
dah la cuti awal...
orang len cuti raya aji seHARi saja...aku...seminggu awal dah CUTI...
nak korban segala BGAI pon sempat... jgn JELES uolls.. :)

tatkala aku bercuti bagai...
maka blog aku pon nyanyian dalam sepi lor...
dan blog korang yang aku suka baca pon...berlagu sepi la...
xpa..korang tuleh banyak2...upload gambo bnyak2...
nanti aku qada' baca...
siap khatam uolls...

akhir kalam...
SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA..
moga raya ini akan memberi keinsafan kepada kita dan mengingatkan kita...
selamat bercuti...harap maaf salah n silap...

aku tinggalkan korang dengan gambo2 aku yang x seberapa...
one of my students... i call him as "hero".
one of my students too..his name is Azrai...

later ah upload lagi...problem ar...sorry to say...

Saturday, October 23, 2010

islamic fashion festival..

salam for all...salamsejahtera..

Hari ini title entry agak serius...aku sedih sangat apa yang terjadi pada dunia hari ini...betapa mudahnya yahudi@kafir laknatullah ini memesongkan manusia...telah disebutkan bahawa bangsa Y****i akan memesongkan umat Islam melalui 3F:-

  1. Fun
  2. Food
  3. Fashion
jadi..sebagai renungan bersama silalah baca petikan yang dikutip dari laman web ustaz zaharuddin.net...
renung2kan dan selamat beramal...
dalam kita berfesyen sila ingat hukum Islam...

'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-

  • Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
  • Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
  • Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
  • Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
  • Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
  • Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.
Namun, dalam kes pertunjukkan fesyen ini, penganjur sewenangnya tanpa mendapat sebarang pengiktirafan dari pihak berkuasa agama dan para ulama, menggunakan nama Islam. Ini jelas satu tindakan yang tidak selari dengan semua item yang disebut di atas.

Pihak penganjur perlu sedar menggunakan label ’Islam’ untuk fashion show mereka adalah tindakan offensive atau menyerang kesucian Islam dan menyakitkan perasaan umat Islam.

Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini, wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

ENGKAR SENDIRIAN & PROMOSI

Saya pasti, akan ada individu yang mencemik bibir dan ‘meluat’ membaca sebarang saranan seperti ini, kononnya ia menyekat sifat keterbukaan dan ‘close minded’. Ingin ditegaskan, jika mereka tidak suka hukum hakam berkaitan aurat, menuduhnya beku, ketinggalan zaman dan kuno serta lebih suka menyanggahinya dan membuka aurat. Biarlah dosa itu kekal di peringkat peribadi mereka, untuk ditanggung secara individu di alam barzakh dan akhirat. Jangan sesekali mempromosinya agar orang lain turut menjadi sepertinya.

Apabila itu dilakukan malah di’organisasi’kan, ia telah memasukkannya ke dalam satu sifat dan dosa yang lebih berat. Dari hanya sebuah dosa biasa, berkembang kepada sifat dan ciri laku kaum munafiq, yang mana sifat kumpulan ini adalah suka merosakkan Islam melalui kata-kata dan tindakan, namun dilakukan dengan menggunapakai label Islam agar objektif mereka terselindung.

Contoh jelas sifat ini boleh dilihat di dalam firman Allah berkaitan penubuhan Masjid Dhirar. Ia adalah adalah nama yang diberikan kepada sebuah masjid yang dibina oleh puak Munafiq di zaman Nabi s.a.w. Masjid tersebut hampir-hampir dialu-alukan oleh Nabi sehinggalah Allah swt menurunkan wahyu melarang Nabi dari mendirikan solat di dalam masjid tersebut. Firman Allah swt

وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ * لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Ertinya : Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan mesjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: ""Kami tidak menghendaki selain kebaikan."" Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) ( At-Taubat : 107)

Allah sendiri menerangkan tujuan dan objektif masjid ini iaitu untuk menimbulkan kemudaratan, kekeliruan kepada umat Islam, dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan fitnah-fitnah dan tuduhan mereka sebagaimana yang pernah dilontarkan kepada ummu Mukmini Asiyah r.a.

Dari tindakan Rasulullah menjauhi masjid itu, ini jelas menunjukkan Nabi sendiri menunjukkan sunnah boikot dan menyekat diri dan tentunya para sahabat yang lain dari mendirikan solat di masjid berkenaan. Justeru, majlis pertunjukan fesyen ini adalah persis masjid dhirar, digunakan nama dan label Islam tetapi mengkehendaki kemaksiatan, kemudaratan kepada Islam atau hanya mementingkan ketamakan peribadi tanpa mengira jika ia boleh memudaratkan Islam.

Justeru, ingatan buat penganjur, penaja, fashion designer dan jemputan, dari sepatutnya hanya terhad satu dosa, jangan sesekali menggandakannya kepada ribuan dan jutaan. Penganjuran fashion show yang dilabel dengan nama Islam seperti ini, sesungguhnya amat merosakkan imej sebenar Islam.

PERTUNJUKAN MELAMPAUI BATAS

Islamic Fashion Show, khususnya yang dianjurkan pada tahun bulan Ogos, 2010 yang lalu, bukan sahaja melampaui batasan penutupan aurat yang diajarkan oleh Nabi. Malah ia juga bercanggah dengan kefahaman sebahagian pendokong ajaran Islam liberal itu sendiri. Saya tidak perlu menyertakan gambarnya di sini kerana semuanya berteraburan dan boleh didapati dengan mudah di media dan internet.

Sebagaimana kita faham, sebahagian pendokong Islam liberal tidak meyakini rambut wanita sebagai aurat, justeru hampir semua mereka sama ada tidak bertudung langsung atau bertudung secara tidak sempurna.

Namun apa yang dipersembahkan di Islamic fashion show itu telah lebih jauh melampaui kefahaman kumpulan itu apabila ia bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah, menggunakan nama nabi Muhammad di pakaian seksi mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh, belakang tubuh dan dada secara terangan dan menamakannya sebagai Islam.

Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco itu. Ia bukan super impose atau rekaaan menggunakan teknik fotographi. Sebahagian sumber asal gambar terbabit boleh dilihat di sini. Selebihnya anda boleh mencari cari sumber gambar di internet tanpa perlu saya menyertakannya.

Menurut hemat saya tiada pandangan dari mana-mana mazhab Islam yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan tindakan tersebut, semuanya pasti mengharamkannya, sama ada kumpulan Wahabi, Salafi, Ahli hadis, Khalafi, Ahbash, Pondok, Pesantren, Syiah, Zohiri, ahli Tasauf dan lainnya.

Saya bimbang selepas ini mereka menggunakan ayat Al-quran di seluar dalam dan bikini rekaan kreatif mereka lalu dipertontonkan kepada umum, menjadi hidangan majlis Islamic fashion show.! Oleh itu fashion show ini bukan sahaja salah di sudut pandangan ulama Islam, malah juga salah pada pandangan kumpulan wanita Islam liberal.

Saya sedari ada fashion designer muslim yang menyertai pertunjukan itu merasakan festival ini adalah medan besar untuk melariskan produk masing-masing, menguatkan jenama dan menambah keuntungan perniagaan. Namun mereka perlu sedar, apabila majlis 'gilang gemilang' itu dicemari oleh unsur penghinaan terhadap Islam, majlis sebegitu bukan menambah keuntungan dan berkat perniagaan, malah memalapkan berkat dan menjauhkan peniagaan dari ruh Islam yang sebenarnya. Nabi pernah menegur individu yang berniaga di dalam masjid dengan kata baginda :

إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارت

Ertinya : Apabila kamu melihat seseorang berniaga di dalam masjid, katakan kepadanya : Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu” ( Riwayat Al-Tirmidzi)

Adakah peniaga muslim yang menyertai pertunjukan fesyen yang menghina Islam ini, ingin kami katakan demikian kepada perniagaanmu?. Sudah tentu ia tindakan yang valid kerana pertunjukan itu lebih berat mudaratnya berbanding meniaga di dalam masjid. Kedua-duanya sama dari sudut menjauhkan manusia dari Allah di tempat yang sepatutnya berzikir. Fikirkan..

JATUH MARUAH

Tidak sedarkah mereka, penganjuran seperti ini sebenarnya menjatuhkan maruah dan kedudukan tinggi wanita. Di manakah pejuang martabat wanita?. Adakah mereka layak dijadikan bahan tontonan lelaki dengan pakaian pelik atas nama fesyen.

Sukakah mereka, penonton lelaki ibarat raja yang dihidangkan pemandangan hamba-hamba wanita dengan pelbagai pakaian, mendedahkan kecantikan masing-masing?.

Lebih pelik, dimanakah isteri-isteri kepada suami yang menghadiri pertunjukan itu. Adakah dia bahagia apabila suaminya hadir dan membandingkan tubuhnya dengan tubuh ramping para model wanita yang tiada malu itu?.

Kalau kita merasa benci dan marah apabila pelukis kartun Denmark mencaci Nabi melalui kartunnya

Ahli parlimen Belanda menghina Al-Quran melalui filem pendeknya, 'Fitna',

Tentera Amerika menghina Islam dengan filem, dokumentari dan serangan roketnya,

Salman Rushdi menghina Nabi melalui tulisannya,

Kini tindakan menganjur, menjaya dan menyertai pertunjukan fesyen ini juga adalah sama kategorinya. Semanya adalah sangat ‘menyerang’ kesucian Allah, Nabi dan Islam, menyelewengkan manusia dari Islam sebenar dan secara sedar atau tidak, menghina Islam.

MENGAPA BARU SEKARANG?

Ada yang bertanya, mengapa sekarang baru bising-bising sedangkan program ini telah berlangsung tahun 2009 bertempat di sebuah hotel di ibu kota, manakala pada bulan Ogos 2010 yang lalu pula dilangsungkan di Monte Carlo, Monaco.

Jawapnya, yang salah tetap perlu ditegur jika disedari, tidak kira sama ada lewat atau cepat. Ia perlu agar ia tidak diulangi pada masa akan datang. Khususnya apabila founder dan pengerusi Islamic Fashion Festival ini adalah seorang lelaki yang saya rasa beragama Islam dari Malaysia. (Baca sini) dan info rasmi Islamic Fashion Festival.

Melihat ia sudah hampir dijadikan upacara tahunan dan pertunjukannya pada tahun 2010 yang lalu menampilkan fesyen yang semakin melampau (berbanding sewaktu festival 24 November 2009). Umat Islam yang prihatin, perlu menyuarakan bantahan ini juga agar penganjur membatalkan road show festival ini atau paling tidak, mengugurkan nama ‘Islam’ pada festival mereka.

Menurut jadualnya ia akan dilaksanakan lagi tahun hadapan di Turki pada 10 februari 2011.

Kita berharap akan ada individu dan pimpinan prihatin yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Turki dapat berbuat sesuatu, sebelum Islam dihina sekali lagi oleh penganutnya, disorak sorai oleh musuh-musuh Islam seluruh dunia. Tidak perlu lagi nama nabi Muhammad dan Islam dibusukkan oleh musuh Islam di Denmark atau Belanda, Amerika, Israel dan lainnya. Kini hanya perlukan orang Islam sendiri.

JANGAN SAMPAI MALAYSIA DITUDUH MENGHINA ISLAM

Kita tidak mahu akan sampai satu ketika umat Islam seluruh dunia berdemonstarsi di jalan dan kedutaan Malaysia kerana alasan menghina Islam. Sebagaimana demonstrasi besar-besaran dilakukan kepada kerajaan Denmark dan Belanda suatu ketika dahulu. Jika itu berlaku, imej Malaysia pasti tercalar dengan hebatnya.

Jika ingin diteruskan, mereka mestilah melantik beberapa orang mufti atu cendiakwan Islam sebagai pemantau kepada semua design yang ingin dipamerkan. Jika tiada seorang mufti dan cendikiawan Islam pun yang sudi untuk menjadi pemantau dek kerana semuanya membantah dan menolak, maka tiadalah kelulusan untuk menggunakan nama ‘Islam’ pada pertunjukan fesyen itu.

Kerana itu, semua cendiakawan dan ilmuan Islam, khususnya pihak yang memegangkan tampuk kuasa agama adalah bertanggungjawab untuk menasihatkan sama ada secara sulit atau terbuka, menurut kadar kemampuan mereka.

Saya sedar, apabila isu ini dikaitkan dengan politik, sebarang teguran akan dilihat teguran politik. Hasilnya ia sukar diterima walaupun BENAR. Ia juga akan dipandang berat sebelah oleh segolongan orang, sebab itu saya kira tidak perlu bertubi-tubi mengaitkannya dengan politik kepartian.

Ia adalah hasil sebuah kejahilan global, merentasi politik kepartian dan mesti dibetulkan secara amanah oleh ulama Islam secara global dan tidak tertumpu kepada menyalahkan mana-mana parti politik secara khusus. wallahu'alam.

Sebarang caci maki politik kepartian tidak dialukan di sini. Hanya komentar berdasar hukum & sensitiviti agama sahaja. Please.

Sekian....

salam...moga2 kita semua dapat mengambil iktibar....

Thursday, October 21, 2010

mood ke pulau...aku di darat...


gambar di atas sebahagian daripada muka my students masa sambutan raya peringkat sekolah yang lepas...

hai..hai...re haii..tom se..rehai...



ha kau...



hindeSETANkan sikit...



stresss....jiwa kacau....



ngape ek????



sebab musabab...gedebab(haku ler tu)..



next week is exam week...



so..as a teacher...my colleagues and i have been very busy...



hehehe...keje last minute punya pasal ar ni...



aku bertambah stress bila students sini..



nak wat english's essay...wah...tunggang langgang...guling gantang...



tergolek..gedebuk...gedebas....



ayat they all.."her..she...he..his...is...are...has...have..."



x tau camner nak guna...haihh...



marang kerapu sepunter marang skeper ler...



jadi...bila haku check essay dorang...



cubit-cubitan,tempuk-tamparan berlagu riang ar...



stress...



tapi...ku tahan Jebatt...huhuhuhu...



stopppp citer stress....






aku semalam di'surprise'kan oleh...



my students...



my roomates...



untuk my birthday...



wah...terharu beb...



seronoknyer...






sekian...salam....






jgn biar idop anda diselubungi stress

Wednesday, October 13, 2010

25tahun sudah!!!

salam....

Allah selamatkanlah diriku...
aku bersyukur di atas peluang yang Engkau berikan untuk hidup di muka bumiMu ya ALLAH...
aku berdoa moga keluargaku dilindungi dan dirahmati olehNYA...
aku berdoa moga ALLAH mempercepatkan jodoh aku dengan MOHD ASWANDI BIN BADRUL HISHAM...
moga aku dimurahkan rezeki yang lebih baik...
moga aku abang pun murah rezeki..maju bisnesnya..cepat sembuh kakinya...
x sabar aku nak idup dengan abang(DEAR)...baru sebut :)...
moga anak2 didikku selamat dari gangguan iblis dan syaitan yang dilaknat Allah...
semoga apa yang dihajati..impian..tercapai...ameeennn

Tuesday, October 5, 2010

sedey....



salam....
ni nak curahkan luahan isi hati aku...
sebenarnya aku kepiluan hari ni...perasaan pon tiba2 ja nak sedih...syahdu...syahdan...
sampai post kat fb pun berbunyik begini
"bila aku akan bahagia dgn dia? aku redha dgnMu ya Allah..aku pasrah dgnMU ya Allah"...
lebih kurang camtu la...
aku sedey la...mengenangkan aku dgn my dear ni...bilakah saat bahagia kami akan tiba... bila aku tgok b2b yang dah jd wifey kpd insan yang bergelar suami..orang yang tersayang... aku jadi down sgtttt...gedebuk buk...mcm nangka jatuh.... sakit... hanya Tuhan yang tahu...
aku sedih yang amatlah...pilu....ternanti2 bila aku akan bahagia seperti orang lain....
oh Tuhan! betapa besar dugaanMu untukku...
aku.....................

Thursday, September 30, 2010

blank...

salam....
sorry...sebenornye...banyak nak tuleh... tapi...blank...x dak idea....malas nak edit gambor...
sbbnyer...aku x sehat kawan2... suara x dak..asik batuk je...huhuhu...suara pon garau je...
nanti mood dah ado....aku boh gambor bnyak2 nah...

Thursday, September 23, 2010

salam minal idul wal faizin....

hai...hai....selamat hari raya!!!!
masih mood hari rayakah anda???
owh tidak....kena keja la...nak qada' balik duit yang telah dilicin liau kan
ntok sambutan hari raya yang lepas...

dah puasa enam???
jom..kita puasa ramai2...besar fadhilat puasa enam ni...
antaranya seolah-olah seperti kita berpuasa selama 1 tahun...

1 hari puasa = 60 hari (pahala puasa)
6 hari puasa = 360 hari (pahala puasa)

jadi..360 hari bersamaan satu tahun...(sumber tanyalah ustaz tv9)

jadi..yuk..puasa..

citer hari raya....
nothing special...
sebab x bley beraya dgn my fiance...
tapi my fiance datang umah ai...
my family pon pegi beraya ke umah my fiance...(thanx to all my family)
terharu k..sebab my family sudi terjah fiance's house...
tahun ni pon ex-bukharians x dapat nak konvoi sebab masing2 dah kawen...
x dapat nak jumpa dgn my fellow friends...
rindu dorang....
rindu nak bising dgn dorang...
rindu nak lawan mengata n berdebat dgn dorang...
rindu nak gelak kukah.kukah..kukah..dgn dorang...
xpa...nanti2 kita wat reunion k...

let the pics tell bout celebrating hari raya...
with my mom....naper gambar ni buruk???


family from kelate...


family from perak...my bro in law was not there coz he had some work...

till then...selamat hari raya...
p/s: aku rindu nak balik lagi....
hostel of SMART will make an open house...u are invited if u are aound Langkawi. =)

Sunday, August 29, 2010

BALIK KAMPONGGGG


umah aku...view dari belakang...dpn..x dok gambor..

salam ramdhan...
hah...amek ko..title sebesaq alam...tu nak tunjuk ghairah aku balik kampung...
count down weh...
aku balek hari kamis dgn menaiki pengangkutan air yang disediakan oleh keraajan negeri Kedah..negeriku yang terchenta....wah..semangat kenegerian aku....
aku naik feri dowh...dari langkawi ke k.k...bukan kota kinabalu...bukan kuale kangsor...bukan...bukan..tapi...KUALA KEDAH....
hrp2 jgn la ada gelombang...hari tuh balik...cuak jugek mok cik nih...
feri senget uolss...tapi bukan sebelah aku duduk...kalu x terasa la berat aku...tapi...sebelah sinun...ringan la aku kan...kuang..kuang..kuang..

sunset belakang umah aku lagik...
nama pun rindu kampung...


berbalik citer balik kampung...aku cuti DUA@2 MINGGU you....jgn jeles...hahaha...
betapa bahgia n aman sentosa sekolah aku bagi cuti...
x akan aku kesah walopon gaji aku x sebesar..hakim...majistret...doktor...
tapi gaji ku seperti ahli muzik (sila ikut slang ibu mertuaku citer P.Ramlee hokey)
aku akan bersyukur dan teruzzzz berkekalan bersyukur walopon x sebesar mana pendapatan bulananku...syahdu....
tapi..sebab aku terlampau menginginkan cuti yang bnyk untuk aku luangkan bersama insan2 tersayang di sekelilingku...
maka...dengan penuh rasa zuhud...rasa rendah diri...aku sacrifekan diri aku menjadi seorang pendidik di sekolah agama....
so...
sapa nak bagi korang cuti bnyak...sekolah x payah ganti????
sapa????ckp2....tampil ke hdpn....(jgn emosi cikguru '~')..
tak dala...
yang penting kita semua menunaikan fardu kifayah (sorang buat yang len x pyah)
kalau semua jadi cikguru...sapa nak jd doc...bomoh...pawang n etc...
bersyukurrlah dgn takdir dan rezeki kita....(syukran jazilan ya ALLAH)

sekian...
selamat bercuti...
selamat berbuka puasa...
selamat bersahur....
selamat menyambut aidilfitri minal aidil wal-faizin...
kepada semua yang sudi meluangkan mata...mulut terkumat-kamit baca
bebelan@luahan ana (saya)....

gambo dgn mak raya 2 tahun lepas



*saja wish awal...bimbang maleh nak update my blog....

Sunday, August 22, 2010

happy...dear jeles... :)

ai...alluya...
salam...
tengok tajuk....best kan???kalau korang best x?
aku ni best la sbb my dear jrg ngaku dia jeles...sbb bagi aku best sbb...
bila dear jeles lagi nampak dear syg aku sgt2222....kui..kui..kui...
citer dia camni...
semalam..

he texted me...
tanya...watper???
i replied...tgh tgu ustaz amik...
dear : ok ajo...nanti ajak ustaz pi bazar ramadhan spya dpt mengeratkan siratulrahim...
(ada unsur jeles di situ)
ai : hahahaha...abg jeles...x nak ngaku...
dear : xdak apa...up to u lor!
ai : aku pun...bla..bla..pujuk..pujuk...
dear : senyapppp....terus x balas....


aku kol x angkat...last2 senyap terus....bila kol plak....terus off...both of his handphone...kalut gini...aku pon mesej2 pujuk...tapi...x delivered....
last2 aku pasrah je sbb aku rasa dia akan sejuk mlm ni...
tapi..lps berbuka kol pun x dpt lagi..haduyai...gena ni kok...
aku pon give up..men game...farm frenzy..the best...
alih2...x lama kendian...mesej aku sumer delivered...
aku pon dgn segegasnya...terus kol...
salam...intro sume...
terus tanya...napa off hp???
dia ckp x dak bateri...
hai...xkan sampai dua2 hp bang???
terus gelak...
then, aku tanya...jeles ka??
awl2 x nak ngaku...last2..ngaku jgk...
dgn ayat berbunyi begini "ya la abg jeles la...sapa x jeles???ustaz tu tua ka muda ka bkn kira...bley je jadi..."
aku pon tergelak2..terguling smpai pening...hahahaha
bestnye..ada org jeles...
aku ckp..dun wori k...
tapi..aku ckp aku hepi..dear ckp..."happy la ats penderitaan org len"..tettt
nmpak sgt cemburu...
tapi...
aku sengih..senyum kambing..sepanjang malam...smpai pagi...
hehehehehe...


yes..i won for this situation :p

Thursday, August 19, 2010

takdo tajuk...

salam..
hai..hai....dah hari ke9 kita menyambut ramadhan al-mubarak...
alhamdulillah..setakat ni aku maseh hokey dlm mengerjakan ibadah puasa..
walopon asik terjerit2 (cam tarzan ja...uaaaaa) :p..hehehe
kan masuk kelas vokul...cupppp....salah kelas ngajor...
melalak ler....
Aper ek sebenornyer aku nak citer?????
no more idea...idea..idea....please come to me!!!!
ha...alkisahnya....tersebutlah kisah.....taibbbb...
hehehehe...sory2...again..melalut...
aku ni konpius sebenarnya bila kena ngadap rungutan oleg dua chep@chef kat
kantin sekolah aku ni...ye la bila dua2 chep tu laki(yg quite typical person)..phewww...
nak kena dengaq la bila dorang merungut...
sorang kata gini...sorang kata gitu...
misalannya..nak bikin bubur nasi@kanji@bubur lambuk...
yang chefA ni xmau buat sbb dia x besa buat bubur nasik taruk santan...
chefB nak wat bubur nasik bubuh santan jadi bubur lambuk tapi dia pelik naper chefA x besa buat@ x besa makan...
chefA bersungut....
chefB merungut....
aku pn campur kaki tangan dan pancaindera yang membantu...mulutku...
la...apa susah..tu la nama dia pertukaran budaya dan adat...
sbb chefA dari Langkawi
dan chefB dari Pahang...
what is the simple things ma...jgn kecoh...bln2 posa ni...bnyak mengalahla...
"MENGALAH TAK BERERTI ANDA KALAH"
renung2kan...selamat beramal...


bubur lambuk tuan yahoo

Wednesday, August 18, 2010

mood oh mood

salam ramadhan...

maafler...mood x dak nak berblogging..

y??? i dunno...for sere..my mood swinggg 360 degree...

huhuhu...

selamat berpuasa n salam kemaafan dari noorazwa...


Tuesday, August 3, 2010

my new hobby

ai sume..salam....
dah ready nak mendengar leteran@bebelan...aku nak menceceh ni...
aku dah ada hobby baru..minat baru...lagi best kalau minat aku nih
seiring dgn sejenis objek ittew(kamera NIKON DSLR)...
huhuhu...ingat nak mintak ntok hantaran lor(bley dear???)
aku sebenornyer minat photography lak sekarang..
kot bley menambahkan sumber pendapatan
yang tersedia x baper nak cukup nih...
kot2 la nanti bley jadi freelance ntok photography kew...
masyukkkk.....
hehehehe....
nih ada antara hasil tangakapan aku guna nikon digital jew...
layannn la eh...
bio gambo menceritakan segalanya....
lets pics tell u everything....

ni gambo duit tabung aku bks chocs jew...
bnyk kan funds aku ntok kawen..hehheh


muhammad aryan zidane... 1 of my nephew...
cumel kan???miss him bangat...mmuaxxx


mix together and diselitkan photographer dia sekali...:)


notes: kalu berminat ntok aku capture kan gambar korang...u r most welcome...hehehehe..price can be discussed...hehehehehe

Monday, August 2, 2010

miss my old timer...

salam...setelah sekian lama tidak menghupdate blog nih...
atas sbb kemalasan yang jitu...
sehingga bersawang, berlumut...
maka aku pon update la hari ni setelah mengumpul idea...
hari ni nak share la my lunch for yesterday...
tapi disebabkan keknyangan....lunch forward to dinner...
sedap woo...makan nasik gulai@kari kepala ikan...
untuk menyihatkan badan n menambahkan keremajaan kulit,
tambah ulam daun selom...wah..menyegat...fuhhh...
tgok nasik tu..sikit je aku makan sbbnyer...
aku kalu leh nak diet...


tengok gigi ikan tu...grrr...gosok gigi x????


my fiance suh diet..nanti dier nak make over kan aku..
hihihi...yang beshnyer dier nak banjer hokey...
sukeeee....
aku mintak wedges...dia ckp orait....sukeee lagikkkk...
tapi...bad newsnyer....
.
.
.
.
kena tunggu dear lega dolu..hukhukhuk
sbb..x leh nak shopping samer2...
aku pon kena kurus....huhuhhu
xpa..aku akan bersabar untuk itu...
noor azwa!!!u can do it...


aku masa 2004..slim kan..nak compare dgn skang..
kemeja pon bley pakai..vont** pon kecik je...
God, please give me back my old body...tapi..
muka skrg...hehehe(perahsantan u...)

Tuesday, July 13, 2010

xtvt last weekend wif my students

salam 1 syaaban...
lagi 28 hari umat Islam akan menyambut 1 RAMADHAN...
bulan yang mulia yang dinantikan oleh umat ISlam...
bulan untuk lebihkan ibadat...
bukan maksud aku bulan lain x lebihkan...
tapi bulan Ramadhan pahala@ganjaran yang diterima akan berganda...
insyaallah...
gambaq di bawah ni xtvt aku selaku guru@warden merancang
dan melaksanakan xtvt supaya students aku enjoy...






bendera sekolah,kedah n malaysia



kump 1 bersama pengusung...
xtvt ni...menguji minda iaitu mcm mana nak bawak org yg plg besar dlm kump dorang...
yg plg besar tentulah..yang dihias selendang tu...


aerobik instructor by another warden


poco2 by my students


view kuala teriang, langkawi dari atas bukit...penat woo meghagaih bukit nih...tu pon separuh ja...

sekian...wat sementara waktu pics for my last weekends xtvt..

hope uolls enjoyed...

Thursday, July 8, 2010

:}

salam israk mikraj...
hari ni 25 Rejab..
surau tempat aku tgh rewang ntok majlis israk mikraj...
aku????tgh tunggu nak mask kelas...
adoiyai...tengah2 hari rembang nih...
nanti asik sangap la bdk nih...
hari ni aku nk pasembor kan n3 ni..
hahaha..
jadi sapa yg suka pasembor tau la rasanya...
nto post mortem n3 b4 ni...aku ambil langkah..
wat derk ntok sume hal...
padan muka semua pihak...huh!
.
.
.
citer lain...
-
-
aku ingtkan aku ja yg x ready..
bila aku berblog hopping ja...
masih ada yg lebih x ready dari aku...
aku...
langsir-dah siap(badan je..kening belum)
brg2 lain:
  • souvenir bag- dah beli kat nilai3
  • beg organza- "
  • sedikit door gift- "
  • bunga telur- belum(sbb aku g tengok kat nilai:slh kedai kot...mahal gler)
  • perfumed-hugo men+deo=>tgh tgu from singapore
  • tafsir-dah beli...
wah2 bila dah listkan mcm dah bnyak ja...
tapi...
kurusus je blom...
nak pi dgn dear......
dear cpt la sembuh..
rindu nak dating dgn awak...
want to holding your hands tightly....
wanna hold ur hands...



sekian...moga2 Allah memudahkan dan memurah rezeki kami, di samping memberi kelancaran ntok majlis kami nanti... Aminn

Monday, July 5, 2010

hatiku walang tiada siapa yang tahu...

salam....
hari ni mood nak meluahkan pon telah terbit...
aku sebenornyer tengah sakit kepala nih
puncanya adalah daripada menangis@teriak yang
tak terhingga...
punca...
sebab...
musabab...
my dear la...
nape la aku asik nangis eh...
mcm dah jadi hobi lak...
my dear yg sakit..aku lak yang syahdu...
sesape yang ada nasihat bleyla nasihatkan kepada aku..
  • macam mana nak kawal emosi..
  • mcm mana nak jaga hubungan@hati orang sakit
  • macam mana nak jadi seorang wanita yang kuat
  • macam mana nak kuruskan badan
  • macam mana nak jadi pasangan yang memahami...
banyak lagik sebenaqnya...tapi aku dah maleh nak pikio...
jadi sebanyak itu ajela yang nak diluahkan...
tolong la bagi tips...
aku dah nak demam dah asik nangis ja...
please..help me!!!!

mood underground...

so..sorry...
my mood underground...so...xde la nak berblog2..
mencoret sepanjang2 alam...
...
lain kali eh...
...

Thursday, June 24, 2010

salah faham yang menyebabkan kepiluan hati...

salam....
title entry pon merujuk kepada rasa hati yang tekulat...
membulat2 biji mata...membulat2 mulut...
ku sangkakan blog aku nih x dak pengunjung....
sementelah hit counter aku maseh di tahap rumah puluh..
(sapa cikgu math dia tau =)...ropa2nya....
aku telah mengalami salah faham yang amat mendalam...
deep into the sea....so sad....
faktor..sebab...akibat...
daripada wallpaper@layout yang aku ambik la...
mungkin x sesuwei dgn blog tu...maka ...
dia terpotong dan terkerat la yang mana x sepatutnya...
=
=
=
jadinya...x dak mood la aku nak berblogging dgn jayanya....

begitulah alkisahnya....

setelah diedit ats cadangan blogspot ni...
.
.
.
.
dapat la layout baru..yang menampakkan susuk tubuh hit counter...
yang sebenarnya....
oleh sedemikian rupa....
aku ada la suntikan semangat baru untuk berblogging kembali....

sebegitulah ceritaku wahai si mambang..... :)
hehehe...
sorry...

Wednesday, May 26, 2010

aku yang lemah tanpamu...

aku sbnrnya konpius dgn encik tunang nih....
kenapa....adlah kerana....(x melebihi 15 patah perkataan)
ye la...mungkin aku kena phm sbb dia sakit kowt...
jadi..bila ckp bab kawen je...terus dier moody...kdg2 la...
kdg2 lagi...dia lak beria nak ckp psl kawen...fenin aku dgn sikap yg x menentu...
ye la...kita ni kan pompuan...bnyk mende nak desediakan....
huhuhu...sedey aku...
baca blog org len....sumer dah hampir ready walaupon nak kawen...
lagik 6 bulan...
lebey kurang aku je...
tapi aku nih...apa pon x dak....
cuma...baru nak stat g nilai je...
tu pon...theme color x decide lagi....hua..hua....
dear...please.....


di saat dear sehat....

theme colours

salam n morning everyone...
minggu ni aku tercari2 theme colors for my wedd
mungkin sebab aku selalu memikirkan mende alah
ni...seblom tidoq....
maka...roh aku pon merayau2 (kata org tua masa tido roh kita akn berjalan2)
rayau punya rayau then...tiba di satu tempat majlis...
dorang wat theme purple + white....
bila kena je ngn cahaya...maka..memancar sinar purple
lalu..terhasil warna yg teramat santek....
aku pon terpikir2...mungkinkah ini satu...
sign...ntok tema aku nnti...
bila aku post dlm fb..kak aku ckp gold+maroon...
hijau+putih...
tapi...aku kalu leh x nak color malap..
nnti bila dah upah photographer yg dibayar meletop2...
nnti..gambar x cantek...
kalu leh...nak color yang menyerlah...
keinginan....
  1. white+red+black....(sbb takut mak aku x bg wrna merah+putih...nnti jd ****)jadi..nak cover..plus black...
  2. maroon+white...
  3. Purple+pink
  4. black+white
  5. grey...
hadoi...bnyak la pilihan....menin mok cik nak mikio eh...
then...
semalam..be"bloghoping"...bnyak lak warna santek2...antaranya...


amik dari blog org..sorry...=)

Tuesday, May 25, 2010

syahdu...tangkap leleh

huhuhu...x menahan tajuk...
actually..aku ada terbaca blog b2b ni...
sian dia..syahdu aku baca...
ujian pertunangan dia maybe...
ada ex dia kaco daun...
kpd ex tersebut..jgnla wat mcm tu...
x baik..bila kita buat kat orang
nnti akan ada balasan nto kita...
so..behave yourself k...
kpd b2b tersebut...
doa yg terbaek...u tgh darah manis...
setiap pasangan@manusia ada ujian masing2
best of luck...





wat renungan bersama...

kaki my dear lagi parah...

kaki my dear lepas 2nd operation...sian baby....




Monday, May 24, 2010

kaki my dear

kaki dear slps first operate

sepi..menyepi...

salam...
sekian lama aku tidak mencoret
sebarang kesah di blog ini
aku x dak mood..
nape ntah...
dengan bz wat soalan exam ntok bebudAK
bz bagai...
lagipon...x dak feedback
sadisnyerrrr
x pa..setiap sesuatu ada permulaan
teringat aku masa blajo marketing
step...
1...introduction : take time sblom org knl produk
2...apa nama ntah:produk sudah mula dikenali...
3...matured: produk tu sudah kukuh di pasaran...sumer org kenal
4...decline: masa ni sadis amatt...
tokey kena pikir nak stop produced@create new product

mcm tu jgk dgn life of new bloggers...
be patient k...
life kita yg seharian ini pon bley juga diaplikasikan
dgn step dlm marketing..

Sunday, May 9, 2010

wah..santeknyerr

haiyo!!!!tadi tengok fb member kpd member...gamba kawen dier..cantek ler...walaupon dia bersaiz cuel..tapi cantek...ada gak baju pengantin ntok dier..aku nih..x decide lagi nak pilih baju colour apa...aku nak baju yang warna dia lembut..meriah n x garang...tapi bila tangkap gambaq jadi cantek...jgn CANTAIK...opssss...rosak kenangan mak...huhuhuhu...
any suggestion????

Wednesday, May 5, 2010

syukur...

syukur..akhirnya ada gak yang sudi jadi fmy followers...thanx to shazlina saad....toing...toing...(melompat kegirangan sebab ada yang sudi jadi follower)..beshnyer...
...050510...
hari ni si dia pergi ke ospital...harap2 ada berita baik..hukhukhuk
love u sayang..whatever u will be..i will love u until the rest of my life...

Monday, May 3, 2010

dalam dilema...

aduh...pening kepala aku..nak kena jadi kapla katok(ayat cikgu shahidan:cikgu bm form3)...
tadi..my sis kol..dier cakap ada vacancy kat bank rakyat(kelate)...aku ni dah sayang dah kerjaya aku skrg nih sbgai seorang guru...i love to be a teacher...but...my sis wants me to try apply that vacancy bcoz she got a cable which want to try recommend me to his bigboss...
konpius nih..lagipon..aku tgh tgu dpli...hope dapat la....
x payah aku pening nak carik kejer lagi....
tulon...tulon...somebody help me!!!!

cantiknya....

hehehe..tu gambar nih nak menunjukkan yang aku appreciate sgt mbe2 yg sudi ngajor aku...
senyumlah...senyumlah..ahaiii..cik mek molek...
alhamdulillah....
akhirnya setelah aku berhempas pulas...
mencari segenap pelosok web dan internet...
menaip berbagai ayat..cara..tempat...
akhirnya..aku temui juga cara mensantekkan wall aku...
cuma...
unfortunately...aku belom dapat menemui jawapan yang pasti untuk menyusun kedudukan blog aku....camno nih nak susun bagi ada kiri kanan..
yang terhasil di entry aku @ wall aku hanya lah 2 column sahaja..pastu setelah puas men'scroll'kan mouse@tetikus ini baru menuju puncak dan begitulah sebaliknya...
camno mok cik nak wat deh???
ado sesaper yang ghoti nak ngajo aku???tolong tinggalkan jejak eh...




Sunday, May 2, 2010

cumelnyer my love....mmmmmuah

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

aku budak baru

aduhai..sapa yang ter'baca'@membaca blog aku..tolong tinggalkan komen ada...sedia menerima cadangan...dan kalau pandai tolong ajarkan..thanx for be my supporter...

hari yang membahagiakan....

huhuhu...hari ini alhamdulillah..reaksi pelajarku agak baik...syukur...thanx my students...

Friday, April 30, 2010

sakitttt


adui...humang aih ponat den hari nih...den ado eh gotong royong bersehkan kwsn school...semalam upacara membakaq tangan...opsss..bakaq sate..tapi..yg sodeh bebenor..tgn aku terkena bara...adussss...sakit menusuk kulitku yg lembut...hukhukhuk...bertambah la duet sedet aku...dahla x laku dah duet sedet tuh....
yang aku nk story mory kat sinih...ke"besh"an aku dapat students muslimah yg rajin,...alhamdulillah...aktiviti ni membuat aku tabik kat my beloved student ah( walhal dlm kelas garang nih)hehehe..demi nak depa berjaya...anak didik aku nih boley diharap la...bersehkan longkang..bersehkan tandas...surau...dorm...tinggal bilik warden dorang yg tersayang (aku la tu.. :p)dorang x cuci...
x pa..cekgu yg baek..lagi qhajin ni cuci sendirik...berpolu gak la ha....

half of my students...sumer students aspuri belum ada pics....



*loghat yg digunakan....n9+kedah...

Wednesday, April 28, 2010

si dia ke hospital...

hari ni..dia pergi ospital cek kaki dia sbb ada appointment ngn specialist...aku kol x dapat2...risau nih...Ya Allah..moga dia ok-ok aja...lindungilah dia...moga ada berita baik hasil pertemuan dgn specialist tu..amin...

Monday, April 26, 2010

my family...hehehe


My Family from WiddlyTinks.com

oh duittttt....

oh duittt gajiku bulan ini akan melayang...menerbangkan diri...hal ini adalah kerana...
kedua2 henfonku yang old timer tu dah mula membuat onar dan duri...tv yang terpakai dan akan dipakai akan ku perolehi....
saving???no more tear....harap duit kutumbun@kutu@kut yang aku maen je la ada...
penat rupanya nak manage duit ni...dolu..masa belajaq..tau mintak ja...ujung2 sem..mak...nak dowet...la ni...rasakan sendirik la...huhuhuhh...
moga2 rezeki yang aku terima ni akan mendapat keberkatan..amin...
moga2 rezekiku akan bertambah murah dari semasa ke semasa...

hari untuk menyibukkan diri...

hari ini au akan memmulakan tugasku untuk membuat soalan exam for my students...ah...serabutnyer...satu orang buat soalan untuk tiga subjek...kacau..huhuhu..tapi..aku harus berkorban...demi melahirkan anak bangsa @generasi yang beriaman dan bertaqwa...moga Allah mengampunkan segala dosaku...

Sunday, April 25, 2010

my lovely fiancee...



oh sayang..engkaulah jejaka idaman....
hahaha...beshnyer...nak kena cari orng untuk jadi pengikut nih..hahahaha...sapa yg terbaca atau membaca atau dibacakan...silalah jadi followers saya...hehehe

saya budak baru belajar


alhamdulillah...akhirnya berjaya jugak saya membuat atau meng'create' sebuah blog...lepas ni bleyla...mencurahkan rasa hati saya ke dalam blog ini...tapi jgn kena tangkap sudah...
opsss...terlebeh sudah...