Assalamualaikum WBT...
Hai B2B!!!! Camne dgn persiapan korang??? Aku, x tau nak ckp..bila org tanya baru 30%.. Tapi bila org tanya...Cam banyak je dah siap..Yeay... sok aku nak pi kursus kawen..ehek.. Baru nak hegeh nak pi..org len dah lunyai sijil..aku baru nak pi...kunun dulu masa kat uni xmau pi, sbb nak pi dgn my future husband la...hek tuihhh...alih2..kena pi senirik...xpa la...at least ada masa lagi (sdpkan ai sendiri)...
Chop! Chop! Chop!(sambil jari semua bersatu dan dialih ke atas, bkn ke bwn sbb kalu ke bawah nak goreng jemput2 dlm kuali)..sorry..ekceli nak cerita pasai TQ Tag @ Tag ucapan terima kasih... aku wat senirik je...xda tempah2...bajet seh.walopon slps dihitung cam lebey krg je... :(..xpa hasilnya..muka aku tertempek kat door gift aku...hahaha..apa dia???? nanti la ek..aku pon teringin nak wat teaser gak..hahahaha...jgn ludah ke muka aku k..cuma ludah sendiri ke langit...padan muka last2 kena muka sapa yg meludah ittewwww....
Sekali lagi meraban...chopppppppp coca cola yeay..(sila tiru iklan penaja)..
aku jumpa kata2 utk sapa yg nak buat TQ Tag sendiri tu..boleh diambil dari laman web seperti yg tertera di bwh ek...Kata2 tu merupakan sebahagian dari hadis dan sgt sesuai moga di doakan utk kebahagiaan pengantin...
Ni antara sebahagian doa yg aku suka dr page ini. Sila klik padanya....
“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib
Doa Untuk Pengantin
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~
Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
(nama pengantin) dan (nama pengantin).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Doa Untuk Pengantin
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -
p/s: mengapa lain warna dan saiz???? Sbbnye...aku nak kekalkan identiti sbnr doa yg dipetik dr laman berkenaan..selamat mencuba :)