OURS...


Love Hearts at WiddlyTinks.com

Pages

Anugerah dari ALLAH untuk kami :)

Saturday, July 30, 2011

London Weight Management

london bridge is falling down
falling down
iron break with bend and bow bend an bow
salam 1 Malaysia... hehehe...excited nih. baru balik dari kota LONDON... cait...kota London la sangat..hahaha..dari my 1st treatment di London Weight Management... Reviewnyer x dapat aku nak citerkan sattu persatu sbb nih menompang dagu laptop dear jap..aku maleh nak bermukim di sini.. nanti seudah aku tiba di langkawi insyaallah aku citer kan dengan sedalam2 Lautan India hokey... angpa nak tau excited giler sbb 1st treatment dah berjaya menghalau fat yang tegar dari badanku.nyah kau dari sinun...sila berambus dengan jayanya. JANGAN KAU PANDANG BELAKANG.
berat asal : X4.1
hasil singkiran: 2.5
hasil tinggalan : X1.6
nape aku X kan..aku malu dan x mahu ceceiterkan kepada angpa..
pssst/s ~ aku tambahkan treatment lagi..huhuhu..melayang fulus aku pi LONDON... arap2 ada kesannn di kendian hari... doakan aku dan moga aku dimurahkan rezeki lagi sbb tabung ayam dah tinggai separuh...huwaaaaaaa

Wednesday, July 27, 2011

KISAH #3 ~AKU DAN BLOG

gendang di palu..pengantin baru.
duduk bersanding di atas bahu.
(kalu aku dlm situasi~larat ka dear..kang patah lagi kakimu, nauzubillah)

Hahaha..cuakmana bley stop blogging…jadi drug aku dah..hahaha.blog angpa best2.rugi ar aku stop. La ni aku baca blog angpa lagi best dari tegok FB.huh!

Sambung k! citer x klimax lagi noh… x lama kemudian, follower aku bertambah. Masa nih gila kutip follower lagi. Walopon sorang rasa mcm nak lari ke langit u! besa la bila jakun ada blog.hahaha. aku nih..perasan pon seniqi puji. Cerca pon seniqi kutuk.so. terima kasih di atas pujian dan kutukan sapa2. Aku no hal.OK aje. Aku pon semangat cinta datang lagi untuk kembali blogging..

Tapidalam masa yg sama aku teringin nak jadi penulis macam korang.yang bila menulis aku masuk dalam citer hangpa.. Hangpa mmg AWESOME + AMAZING la.. kdg2 aku bley meleleh ayaq mat abaca kesah hangpa. Bley gelak baca citer lawak hangpa. Bley tiru dan bayang citer angpa. Siap lakon balik tau… teringin sangat.. tapi aku tau “aku bukan merak kayangan, Cuma gagak di rimbahanya yang ada secebis cerita ceritit taik mata penoh paketeii..loklaq kan

Selingan kamus dewan mentaloon, kedah

LOKLAQ = kotor/kotoq..mula ingat nak tipu hangpa..tapi kesian..aku ni kan BAEK..

Sambungan








sepatutnya org lambat2kan kisah mereka yg berepisod, tapi memandangkan aku maleh nak tunggu..hehehe.aku cepatkan kisah yang ngntuk weh..jangan la kutuk..aku ni bn penulis yg talented..aku penulis yg ada kelas dan bukan kasta...

pssttt: esok balik kampung, maka natang berukband diserahkan kepada dear sbb aku x mau qalit n tak wat keja len sbb dok baca blog hangpa yang sangat3333333333 aku sukaiiiii

Tuesday, July 26, 2011

tinggi vs rendah

mana lagi best??? tinggi @ rendah?
contoh 1 : suami/bf~mana menjadi pilihan???
MPO(my personal opinion): kita x semestinya dapat apa yg kita idamkan

contoh 2: tempat kerja dalam bangunan tinggi @ rendah?
MPO: kalu mls exercise nak bangunan tinggi, nak panjat tangga (bila rajin) tapi kalau malas lebih baik bangunan rendah..penat wooo mendaki...

contoh 3: kawan tinggi/ rendah
MPO: kalau kwn tinggi, rasa diriku begitu kecil dan comel. tapi kalu kwn rendah, terasa diriku seperti model(sila muntah..wekkkk) dan kadang2 besar gedabak...

contoh 4: bas tinggi(double decker)/rendah(normal)
MPO: bas normal sbb lebey selesa dan selamat.x dak goyang2...

contoh5: Penyakit darah TINGGI vs darah RENDAH
MPO: aku x mau dua-dua. nak sehat....

moral value dan kesah yg ingin yg disampaikan adalah sila refer cth5. aku agak tension ngn bdk2 sekolah aku sampai hari tu g cek kat klinik almost mendapat penyakit darah RENDAH... oh tuhan, simpangkanlah aku dari sebarang penyakit... aku nak kena maintain makan, jaga makan, jgn tension, jgn stress. releasekan otak..kurangkan memikir...amin..

Monday, July 25, 2011

KISAH #2 ~AKU DAN BLOG

ni.. Renee~Meow= aum dah wat sambungannya..hope u enjoy k!

PERGI kedai beli kelapa

Sila baca sambungannya..

Kisah B2B. hangpa tau dulu aku ingat apa??? Blog to Blog hokey… dah lama2 blogwalking baru aku tau apa itu B2B. ye la..aku ngaku akuagak jakun.huahuahua..banyak gak term lain mcm DIY, MUA, OP, VP..last..aku dapat tau dgn sendirinya…

KISAH FOLLOWER~ok..mula2 dulu aku nih men jadi seniri je follower ntok blog sendiri..gila keji VS ciwi.hahaha..biaq la..aku punya blog kan..pastu aku soh family aku jadi follower aku lah.. pastu aku mls blogging sbb rasa mcm tawaq ati la sbb x dak org nak jadi follower aku.cait..ngn nuffnang pon nak naik pi dua kupang pon makan bulang hangpa tau.. dan follower aku yg pertama adalah kak ina..thanx kak =)

MOOD ENTRI~pastu aku up entri pon kdg2 la..dah la rupa wall aku cam hampeh. Tu yg x dak penarik kot. Xpa..aku blajaq sikit..aku cuba dan terus cuba..aku mekapkan..aku boh safi balqis, krim bagi putih..then, aku cuba tuleh entri kerap2. Tapi xdak gak org nak baca..ok fine!!! Stop..

So…aku stop terus.

entri muka tuan rumah yg sememeh dan x kesah apa pon..

Babai!


Friday, July 22, 2011

Dinner @ Arabic Restaurant

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh belanja la lagi...

Assalamualaikum..
aku x tau r nak mula citer...perot berkeroncong. so, aku teruskan bercerita tanpa perlu intro ek. xpa student aku x baca blog. So, depa x tau blog teacher depa x dak intro bagai. Malam Rabu lepas, kitaorang dpt jemputan dai sebuah restaurant Arab. Akceli, dinner ni sempena Teacher's Day yang lepas. Dah jauh terlepas jadi lak sempena menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Maka, mlm tersebut, dengan aku berjubah hitam bagai from top to toe pergila beramai ke restaurant tersebut yg terletak bersebelahan dgn Lagoon Hotel, Langkawi. Wah!!!angpa tau..meriah restoran nih. Ye la, aku yg jakun nih mana penah masuk restoran Arab. Nasi Arab, roti Arab sume aku telan. tapi tang nak pi restoran tu x dak sapa bawak. nih, rejeki...hantam saja labu. Aku mkn ptg tu, biskut mayat ja..tahaq(tahan) peot la weh..malam nih nak makan bnyak.hahaha...



row1:aku yang berjubah hitam+tudung hitam,lokasi: kantin sekolah
row2: guru2 masuk ke restoran dan para guru serta staff tersenyum riang menanti waktu makan
row3:makanan tlh tiba dan muka memasing sengih dan sabar menanti meja penuh



row1:L-R~beriani kambing (sdp gak), xtau nama apa tp yg hitam tu daging, merah ayam
row2: macam acar tapi isinya timun+tomato+apa ntah mcm kerak roti yg digoreng

lain2 aku x dan tangkap sebok nak makan. yg aku suka Nasi Kashaf, warna merah. Nasik ni aku suka. sedap..Pastu Nasi Beriani Ayam (bhs arab xtau)puasla tokey restoran tu terang tp xjugak aku ingat sbb aku bz melantak. Ayam dia sgt sedap.gebunya..lembutnya isi dia. Sygnya, nasi tu lambat smpi kat meja aku. last2 ratah smpai semua org dok tegok meja kami. Kami nih enjoy mkn. Ada lagi 13jenis depa x hidang. tu pon, balik je aku wekkk sbb melugai sgt.

kesimpulannya(heee.intro x dak conclusion ada lak) arabic food ni bkn tekak aku la..mungkin sbb aku x gemor mmbeekk...huhu..walopun ia adalah sunnah..maaf, aku ikut yg len la.

p/s: tokey restoran nih ensem dan bisnes ni dia share dgn sorang Tan Sri di KL...thanx a lot from us walopun aku tau dia x baca blog aku..hehehe

Thursday, July 21, 2011

wakilkan dirimu...

hi.. tadi aku saja lah nak survey kad kawen..aku punya nak modern style..aku pon google ar.. last2 jumpa yg aku bekenan dan sgtlah sesuai dgn bajet aku yg secubit tuh... kalu angpa nak bley usha di sini..sila klik kadkahwinkandadinda.. cantik2 dan agak modern...

selamat mencuba dan jdn lupa panggey aku nah..

KISAH #1 ~AKU DAN BLOG

Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat silent readers dan juga pembaca,
noorazwa8888.blogspot aku yang punya,
Kisah harian hidup untuk dicerita...

Bley intro tera tu??? hikhikhik..sila gelak kerana aku bukanlah seorang yang bermadah pujangga.. Penulis terkenal yg aku tau pun hanyalah Allahyarham Usman Awang dan A.Samad Said ja.. Jadi, dun blame me k!! aku juga bukan seorang penulis. blog aku pon aku goreng, rebus dan asam pedas serta gulaikan sahaja. Aku harap aku tidak meniru sesiapa dan mungkin hanya beberapa perkataan ja yg aku dpt dan aku guna. kira new vocab la bagi aku.. jgn mareee..nanti kena jual. tuan pengerusi..25 persen..

berbalik kepada cerita aku yg x pernah diceritakan di mana2..Aku stat blogging nih pada tahun lepas.dan blog pertama aku baca adalah blog shalin(klik kalu nak tau) iaitu kwn member aku. Kendian, dari situ aku mula baca blog yg ada pada list dia.. aku rasa menarik lalu aku pon mula lah register. Akceli, ms aku kat uitm dulu dah penah wat. atas dorongan lecturer.tapi ms tu maleh ah sbb mslh broadband yg super slow dan perlu dikongsi beramai2. so stop. aku wat baru dgn mendaftar sebagai http://noorazwa8888.blogspot.com dan title
AKU YANG INGIN DICINTAI DAN MENCINTAI(perghhh..jiwangggg seh..lentuuukkkk).kendian, member aku mek maton sllu perli..malu ar..so..tukar kpd My Life..My Love..My Diary...ok la sket kot..hehehe..baru je tukar kpd tahun ni...

pada mula aku blogging tu, aku dok tengok blog kawen2 je..best baca kesah dorang. kdg2 cam fairy tale je.. pada masa yg sama aku x fhm istilah yg dorang gunakan. Contohnya B2B korang tau aku ngat apa????
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
eh...cam panjang je.. continue next entri la ek...

Tuesday, July 19, 2011

...cinta aku...

Kanku pertahankan cinta ini demi kesetiaanku padamu...

usah peduli apa orang kata
tapi fikir apa yang kita rasa

kata2 ni aku dapat masa aku lepas bertunang dgn dear dari seorang teman yang aku fhm keadaan dia dan dia faham keadaan aku... Pada aku, kebahagiaan, kekayaan bukan terletak di tangan @ mulut manusia. Tapi.... semua ini adalah kuasa Yang Maha Esa... jadi kita hanya perlu berdoa dan terus berdoa....

Monday, July 18, 2011

love:u can live with it or u can live without it???

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

dah ada keputusan??? cerita dan tips ini dipetik dari laman mana ntah x ingat... Cinta ini adalah anugerah dari Yang Maha Esa. Kita sebagai umat Islam perlulah berikhtiar, doa dan tawakal. kerana pertemuan, jodoh, maut dan rezeki di tangan ALLAH..

Sunday, July 17, 2011

understanding is very important...



treettettrettettettt(aku dtg dgn vespa)..sila try aplikasikan bunyi tu..hehehe..ni nak habaq chicken chop tu tgh jln masuk melalui trakea dan singgah sebentar utk melepaskan lemak berguna dan teruskan keluar melalui cahaya eh..hehehe..tolong faham.








xpa, satgi mak cik makan innershine pati prune ek bagi chicken tu jalan ke arah cahaya..hahaha..




cmna nih nak pi London..bukan kota London tp London weight mgt...makan nala punya tala... handmade chicken chop..nak resepi dak??? nanti tunggu ada gambaq dulu ek dan kumpul resepi selengkapnya..baru leh jadikan rujukan.








apa ek aku nak share pendapat???




oh ya.. isu malam nisfu syaaban..pada aku perkara ni bukan bid'ah atau apa..maaf saya krg arif..kalu slh tolong tunjukkan... di sekolah aku kami jadikan puasa ni wajib untuk berpuasa sbb nak melatih pelajar itu spy mengenal setiap kelebihan puasa sunat bagi setiap bulan islam.








Hadis nabi: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku(Nabi Muhammad)

dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.



dan juga petikan hadis:

Barangsiapa yang berpuasa walaupun satu hari dlm bulan Syaaban maka,

diharamkan baginya api neraka....(WALLAHUALAM BIL SOWAB)







abaikan muka aku yg .....(no idea)

moga ada yang sudi kongsi..kan SHARING is LOVING.. :)



p/s :pada aku, selagi benda tu baik x salah kalau kita ikut dan buat...

Saturday, July 16, 2011

...good news for me!!!...

assalamualaikum wbt...hai..
alhamdulillah..akhirnya aku bersyukur sgt dgn berita gembira yg aku terima hari ini...syukur ya Allah dgn kurniaanMu..rezeki yang engkau curahkan...alhamdulillah...hangpa nak tau dak apa dia???

























































aku dapat kol dari london weight management...aku menang dlm contest match and win yang aku dpt tau melalui kak Ceera dan klik pada namanya.aku dah link kan di situ... really thanks to her... kkalu x aku x merasa la dpt bercakap dgn operator LWM..katherine nama diberi.
appoinment yang telah di setkan untuk aku pada 30 julai 2011..mengapa x hari ini?????????? sebab aku masih di langkawi...alhamdulillah dorang sudi tolerate dgn masa aku..jam pukul11 a.m. lokasi ALor Setar Mall. katherine ckp..jgn period... mujuq tu bkn time aku.. ciwi kan aku!!!! hahaha...haruslah ciwi..walopun baru dpt kol dan belum kurus lagi... asik gelak ala2 org slim je..hehehe..ada ka???
x sabaq nak balik...yuhuuu....stat counting the day!!!!