OURS...


Love Hearts at WiddlyTinks.com

Pages

Anugerah dari ALLAH untuk kami :)

Monday, February 20, 2012

perihal romantik....#2

aku  xsedaq sgt laki aku romen-tik(diculik dari blog inaachik)...baru dpt rasa agak lomantik laki aku... citer ni bkn utk ditunjuk2..tp..sbg ingatan dan kenangan aku n laki aku...

sepanjang nak masuk 3 bulan kawen, aku semakin diamuk kebahagiaan sbg isteri kpd mohd aswandi... hahaha..sapa x bahagia kan..ujian masing2 kalu yg x bahagia... yang bahagia..xselalunya berpanjangan..kdg2 kita diduga adlh utk menunjuk kasih syg ALLAH kpd kita..supaya kita lebih dekat dgn ALLAH dan kita x jauh dari mengingatiNYA...
ya! dlm rumahtangga mesti ada pasang surut kehidupan...x selalu kita di atas dan x selalu kita di bawah..adalah diambil contoh apabila hidup ini ibarat roda...

laki aku lomantik dgn cara dia sendiri... baru2 ni tgh aku dibuai mimpi ~ padahal dah sedaq waktu dia bukak grill pintu..tp..wat derk ja sbb nak tgok reaksi dear..pastu, dia kejutkan aku dgn minuman susu segar.dan...spek mata hitam..hehehe..pdhal, aku x pernah mintak pun...tp...dia tetap beli sbg tanda ingatan dia pada aku...tp..aku je kdg2 selalu xpuas hati..merungut ckp dia x syg aku.. aduh! betapa x bersyukurnya aku kan...sorry abg... sblom tu, dear tanya nak mkn kfc x...tp..aku xnak..nak susu je..dan skrg aku sgt kempunan kfc..waaa...sedapnya...nak balik...nak pi mkn kfc...

counting the days...walopun aku baru je mai langkawi....

The idea by AKUAZWA

Wednesday, February 15, 2012

saat yang mendebarkan....

agak ke"ciwi"an la aku nih...hahaha..lantak pi la kan...bkn ada org kesah pon...sapa xtau maksud ciwi..sila rujuk n3 lama2... lagipon bnyak lagi blog org kedah yg guna perkataan tu kan... so, kesimpulan dia..loghat kedah dah glamer u alls!

apa ek pantang larang bagi org baru yg ingin menjaga kandungan yang baru nak menjadi...aku ni kan baru weak positive...moga2 jadi stong positive la nanti...tiap2 mlm aku gosok perot dan doa serta baca quran sambil gosok periuk perut doa supaya dia hadir dan sihat serta panjang umur... bnyak aku nak doa...tp..xtau ayat camner...  dan esok aku balik kg..

semalam aku tertekan perot aku nak rasa, ada apa2 x, keras x...pastu..sakit weh..then, aku pun masuk kencing dan semasa aku tekan tu, aku dlm perjalanan nak ke toilet utk pee... pastu, bila aku masuk bilik, baring dan nak tido...aku nak terkentut lak...besa la..aku kan bnyak angin..bak kata kwn aku dulu, kalau campak aku dari tingkat5 rumah flat pun, terapung...gila jahat...okey!bila aku nak kentut, sakit gila perot aku tmpt yang aku tekan tu... owhh...sudah risau di situ.. cuak giler..then, text dear..ngadu2... xpuas hati...terus kol... dear angkat...xsangka u alls..sbb dear nih, kalu bz bkn nak angkat kol aku... pastu dear bising2 maqah aku dok tekan perot...dia takut meletup..hehehe..kelakar ar dear.... aku punya cuak sampai bangun pagi terus raba bawah bontot kot ada darah... ALHAMDULILLAH...Allah masih memelihara dia.... Semoga Allah terus memelihara dia dan dia panjang umur... AMINNNN

The idea by AKUAZWA

Tuesday, February 14, 2012

moga ada rezeki utk kami ^_^

assalamualaiku wbt....
hari ni merupakan hari ke-5 puan p x dtg jumpa aku..sejak kawen, aku sgt x mengundang kehadiran puan p..kerana bila dia dg, muka aku ngn dear akan monyok kerana kehadiran dia x pernah kami undang walopun kehadiran dia kdg2 melengkapkan aku sbg seorang wanita yang "subur" :)... tapi...sejak kawen, aku harap dia xdtg sbb aku nak rasa lengkap sbg wanita, isteri dan menantu yang lengkap... 10/2 aku cek tgh malam dgn dear...dan..... ALLAHUAKBAR!!!!! dua line seh.,..

pastu, 12/2 aku gi cek kat KK Pdg Matsirat dan keputusan adalah weak +ve... aduh..risau!!!!! lagi 2minggu iaitu pada 26/2 aku perlu cek UPT lagi sekali... tolong doakan ada rezeki ini utk kami... Aku sentiasa berdoa kepada ALLAH moga hadirkan "dia" di dalam rahimku.... AMINNNNN


The idea by AKUAZWA

Tuesday, February 7, 2012

1 days to go...

satu hari je lagi.............. esok aku balik...yeeeppiii.. moga dear dpt cuti..bolehla berlibur..teringin nak ajak dear mkn pizza... fyi, aku ngn dear x penah date kat pizza hut ke, domino ke, artisan ke...copp..tang lain ada artisan pizza ke??? aku kenal pon kat langkawi ni je...ada 3 branches. kat kuah, chenang dan pantai kok... sapa yang teringin nak rasa artisan pizza...try la..sedap gak dan boleh pilih topping sendiri...macam pizza frenzy tu...aiiittt..game pullok.... melalut melalut..pastu kalutt..pastu..ribut.... hahaha..simpang..sok aku nak nek feri nih...

dan aku juga mendoakan ada rezeki utk kami...amin....


The idea by AKUAZWA

Monday, February 6, 2012

Penyesalan Daripada Seorang Suami yang Sangat Menyayat Hati T_T

 PERHATIAN : N3 NI AGAK PANJANG..TAPI, SILA BACA SEHINGGA HABIS DAN KALAU RASA X PUAS HATI DGN SUAMI ANDA, SURUH DIA BACA BERSAMA-SAMA... :P

Cerita ini dipetik dari blog lecturer aku kat uitm iaitu Puan Hidayah (Sekadar Pendapat Hidayah). Puan Hidayah ni la yang memperkenalkan dunia blog ni kat aku... dulu, aku ada blog gak masa belajar, tapi sempat up 2,3 n3 saja, kemudian berhenti terus.....
 
Sila hayati bersama kisah ini...

-------------------------------------------------------
Assalamualaikum….
 
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
 
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..
 
Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
 
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.
 
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
 
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
 
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
 
Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
 
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
 
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
 
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.
 
Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.
 
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..
 
Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
 
Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.
 
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
 
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.
 
”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
 
Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
 
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
 
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..
 
Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
 
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….
 
Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."
 
Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…
 
Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
 
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
 
**********************************************************************************
 
Di bawah ini dikatakan response ustaz berkenaan: "Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright.."

-----------------------------------------------
sedih kan :(... nak jadi isteri yang setia dan tanpa keluh kesah melayan suami walau apa jua selagi tidak melanggar hukum syarak..hahaha..yes! aku still dalam pembelajaran untuk menyesuaikan diri menjadi seorang isteri yang baik...ye la, seblom ni, aku kira aku ja.. nak main game ke, tidoq ke, tengok tv ke..x penah kesah kat orang lain...skrg, aku juga perlu dengar dan patuh pada ckp suami... agak perlahan utk belajar...hahaha...
but, I try my best!









The idea by AKUAZWA

Wednesday, February 1, 2012

Untungnya wahai insan bergelar WANITA...


Assalamualaikum wbt...salam sejahtera... hehehe..ingat nak wat Wordless Wednesday... tapi, terjumpa artikel best dari Senang hamil page kat FB..sila carik sendiri ek..hahaha...gilo kejam...ok aku bagi..sila klik pada tulisan warna lain tersebut...

Bila la nak sampai turn aku ek...huhuhu... Tolong doakan untuk aku sampai n dapat rezeki ek :)... Aku teringin gak, sebab dear pon nak baby...


6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.





Ya Allah...besar tanggungjawab kan dalam mendidik anak utk menjadi hamba ALLAH, umat MUHAMMAD,manusia yang berguna pada agama, bangsa dan negara...Kalau ku diberi peluang, moga aku dan laki aku dapat memberi yang terbaik utk zuriat-zuriat kami(moga2 dpt anak ramai :p)


The idea by AKUAZWA