OURS...


Love Hearts at WiddlyTinks.com

Pages

Anugerah dari ALLAH untuk kami :)

Thursday, July 21, 2011

KISAH #1 ~AKU DAN BLOG

Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat silent readers dan juga pembaca,
noorazwa8888.blogspot aku yang punya,
Kisah harian hidup untuk dicerita...

Bley intro tera tu??? hikhikhik..sila gelak kerana aku bukanlah seorang yang bermadah pujangga.. Penulis terkenal yg aku tau pun hanyalah Allahyarham Usman Awang dan A.Samad Said ja.. Jadi, dun blame me k!! aku juga bukan seorang penulis. blog aku pon aku goreng, rebus dan asam pedas serta gulaikan sahaja. Aku harap aku tidak meniru sesiapa dan mungkin hanya beberapa perkataan ja yg aku dpt dan aku guna. kira new vocab la bagi aku.. jgn mareee..nanti kena jual. tuan pengerusi..25 persen..

berbalik kepada cerita aku yg x pernah diceritakan di mana2..Aku stat blogging nih pada tahun lepas.dan blog pertama aku baca adalah blog shalin(klik kalu nak tau) iaitu kwn member aku. Kendian, dari situ aku mula baca blog yg ada pada list dia.. aku rasa menarik lalu aku pon mula lah register. Akceli, ms aku kat uitm dulu dah penah wat. atas dorongan lecturer.tapi ms tu maleh ah sbb mslh broadband yg super slow dan perlu dikongsi beramai2. so stop. aku wat baru dgn mendaftar sebagai http://noorazwa8888.blogspot.com dan title
AKU YANG INGIN DICINTAI DAN MENCINTAI(perghhh..jiwangggg seh..lentuuukkkk).kendian, member aku mek maton sllu perli..malu ar..so..tukar kpd My Life..My Love..My Diary...ok la sket kot..hehehe..baru je tukar kpd tahun ni...

pada mula aku blogging tu, aku dok tengok blog kawen2 je..best baca kesah dorang. kdg2 cam fairy tale je.. pada masa yg sama aku x fhm istilah yg dorang gunakan. Contohnya B2B korang tau aku ngat apa????
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
eh...cam panjang je.. continue next entri la ek...

Tuesday, July 19, 2011

...cinta aku...

Kanku pertahankan cinta ini demi kesetiaanku padamu...

usah peduli apa orang kata
tapi fikir apa yang kita rasa

kata2 ni aku dapat masa aku lepas bertunang dgn dear dari seorang teman yang aku fhm keadaan dia dan dia faham keadaan aku... Pada aku, kebahagiaan, kekayaan bukan terletak di tangan @ mulut manusia. Tapi.... semua ini adalah kuasa Yang Maha Esa... jadi kita hanya perlu berdoa dan terus berdoa....

Monday, July 18, 2011

love:u can live with it or u can live without it???

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

dah ada keputusan??? cerita dan tips ini dipetik dari laman mana ntah x ingat... Cinta ini adalah anugerah dari Yang Maha Esa. Kita sebagai umat Islam perlulah berikhtiar, doa dan tawakal. kerana pertemuan, jodoh, maut dan rezeki di tangan ALLAH..

Sunday, July 17, 2011

understanding is very important...



treettettrettettettt(aku dtg dgn vespa)..sila try aplikasikan bunyi tu..hehehe..ni nak habaq chicken chop tu tgh jln masuk melalui trakea dan singgah sebentar utk melepaskan lemak berguna dan teruskan keluar melalui cahaya eh..hehehe..tolong faham.








xpa, satgi mak cik makan innershine pati prune ek bagi chicken tu jalan ke arah cahaya..hahaha..




cmna nih nak pi London..bukan kota London tp London weight mgt...makan nala punya tala... handmade chicken chop..nak resepi dak??? nanti tunggu ada gambaq dulu ek dan kumpul resepi selengkapnya..baru leh jadikan rujukan.








apa ek aku nak share pendapat???




oh ya.. isu malam nisfu syaaban..pada aku perkara ni bukan bid'ah atau apa..maaf saya krg arif..kalu slh tolong tunjukkan... di sekolah aku kami jadikan puasa ni wajib untuk berpuasa sbb nak melatih pelajar itu spy mengenal setiap kelebihan puasa sunat bagi setiap bulan islam.








Hadis nabi: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku(Nabi Muhammad)

dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.



dan juga petikan hadis:

Barangsiapa yang berpuasa walaupun satu hari dlm bulan Syaaban maka,

diharamkan baginya api neraka....(WALLAHUALAM BIL SOWAB)







abaikan muka aku yg .....(no idea)

moga ada yang sudi kongsi..kan SHARING is LOVING.. :)



p/s :pada aku, selagi benda tu baik x salah kalau kita ikut dan buat...

Saturday, July 16, 2011

...good news for me!!!...

assalamualaikum wbt...hai..
alhamdulillah..akhirnya aku bersyukur sgt dgn berita gembira yg aku terima hari ini...syukur ya Allah dgn kurniaanMu..rezeki yang engkau curahkan...alhamdulillah...hangpa nak tau dak apa dia???

























































aku dapat kol dari london weight management...aku menang dlm contest match and win yang aku dpt tau melalui kak Ceera dan klik pada namanya.aku dah link kan di situ... really thanks to her... kkalu x aku x merasa la dpt bercakap dgn operator LWM..katherine nama diberi.
appoinment yang telah di setkan untuk aku pada 30 julai 2011..mengapa x hari ini?????????? sebab aku masih di langkawi...alhamdulillah dorang sudi tolerate dgn masa aku..jam pukul11 a.m. lokasi ALor Setar Mall. katherine ckp..jgn period... mujuq tu bkn time aku.. ciwi kan aku!!!! hahaha...haruslah ciwi..walopun baru dpt kol dan belum kurus lagi... asik gelak ala2 org slim je..hehehe..ada ka???
x sabaq nak balik...yuhuuu....stat counting the day!!!!